Nota Ringkas Biologi ting.4 bab 6
Nutrisi
Penentuan nilai tenaga makanan
= (4.2) (jisim air) (peningkatan suhu) ''bahagi'' jisim makanan
= J g-1
Penentuan kandungan vitamin C
- Peratusan vitamin C dalam jus buah-buahan
= Isi padu larutan asid askorbik 0.1% ''darab'' 0.1% ''bahagi'' Isi padu jus buah-buahan
= Isi padu larutan asid askorbik 0.1% ''bahagi'' Isi padu jus buah-buahan
= mg cm-3
Sistem Pencernaan Manusia
Sistem Pencernaan Haiwan
Penyerapan Makanan Tercerna
Fotosintesis
Keratan Rentas Daun
Nota Ringkas Biologi ting.4 bab 5
Mitosis stage
Meiosos.jpg)
Nota Ringkas Biologi ting.4 bab 4
Komposis kimia dalam sel
Sebatian organik dalam sel
1. Karbohidrat
- Sumber utama tenaga
- Komponen utama bagi dinding sel tumbuhan
- Bahan simpanan dalam tumbuhan (kanji) dan haiwan (glikogen)
2. Lipid
- Minyak dan lemak sebagai sumber tenaga
- Lemak sebagai penebat haba dan lapisan pelindung organ
- Komponen bagi membran plasma
3. Protein
- Pembentukan sel baharu untuk pertumbuhan dan menggantikan yang rosal atau mati
- Sintesis enzim, hormon, dan antibodi
- Komponen utama bagi membran plasma dan sitoplasma
- Tenaga simpanan
4. Asid nukleik
- DNA: Komponen utama kromosom
- RNA: Bahan genetik bagi setengah virus
Enzim
- Molekul protein yang meningkatkan kadar tindak balas biokimia dalam sel
Mekanisme tindakan enzim
Nota Ringkas Biologi ting.4 bab 3
Pergerakan bahan merentas membran plasma
- Pengangkutan pasif
- Pengangkutan aktif
Pengangkutan pasif
1. Resapan ringkas
- Pergerakan molekul dalam udara atau lerutan dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
2. Resapan berbantu
- pergerakan molekul besar yang tidak larut dalam lipid.
- Contoh: molekul asid amino dan glukosa.
- Mengikut kecerunan kepekatan.
- Memerlukan pembawa protein dengan tapak aktif yang khusus untuk molekul yang diangkutnya.
3. Osmosis
- Pergerakan molekul air merentas membran plasma dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan yang berkepekatan tinggi.
Pengangkutan aktif
- Pergerakan bahan merentas membran plasma menentang kecerunan kepekatan.
- Memerlukan pembawa protein.
- Memerlukan tenaga.
Read more »
Nota Ringkas Biologi ting.4 bab 2
Struktur dan Fungsi Sel
Sebelum 1600-an, orang ramai tidak mempunyai idea lagi tentang sel-sel kerana mikroskop belum lagi dicipta.
Mikroskop (microscope) pertama dicipta pada tahun 1590 oleh Zacharias Jansen.
Pada tahun 1665, seorang ahli botani Inggeris, Robert Hooke menggunakan mikroskop untuk memerhatikan sekeping gabus daripada kulit pokok. Beliau mendapati bahawa bahan tumbuhan tersebut terdiri daripada 'kotak-kotak kecil yang rapat' yang beliau panggil sel-sel (cells).
Pemerhatian mikroskopik tentang sel-sel dari
sekeping gabus oleh Robert Hooke.
Ahli-ahli sains juga mendapati bahawa sel-sel mengandungi organel kecil yang terapung di dalam medium seperti jeli (jelly-like), sitoplasma (cytoplasm).
Lebih penting lagi, ahli sains juga mendapati bahawa beribu-ribu tindak-balas biokimia (biochemical) berlaku dalam sel-sel.
Apa Itu Sel?
Sel biasanya digambarkan sebagai 'unit hidup', atau binaan blok-blok dimana benda-benda hidup dihasilkan.
Sel adalah seperti batu-bata yang digunakan untuk membuat dinding rumah. Tetapi batu-bata ini adalah bukan benda hidup, berbentuk sama dan agak besar, manakala sel adalah hidup, mempunyai bentuk yang berlainan dan sangat halus/kecil.
Sel menjalankan fungsi-fungsi tertentu yang memberi kehidupan kepada organisma.
Terdapat tindak balas biokimia penting yang berlaku dalam sel. Tindak-balas biokimia ini membolehkan kita berjalan, bercakap, berfikir, menyayangi dan sebagainya.
Komponen Sel Haiwan & Sel Tumbuhan
Sel haiwan.
Sel tumbuhan.
Nukleus
Nukleus (nucleus) ialah organel yang besar, tumpat dan berbentu sfera. Nukleus juga dilingkungi oleh membran nukleus. Nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus (nucleolus).
Kromatin (chromatin) ialah keadaan kromosom semasa sel tidak membahagi dan terkandung di dalam nukleoplasma. Kromosom membawa maklumat genetik yang akan menentukan sifat dan fungsi sel.
Nukleus sangat penting kepada sel dalam mengawal segala aktiviti sel. Misalnya, sintesis protein adalah dikawal oleh maklumat yang terkandung dalam kromosom.
Mitokondrion
Mitokondrion (mitochondrion) adalah organel kecil berbentuk sfera atau silinder, dan terlibat dalam respirasi sel. Proses respirasi sel ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion. Tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat) dan sedia digunakan oleh sel.
Jalinan endoplasma
Jalinan endoplasma (endoplasmic reticulum, ER) ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tiub yang saling berhubungan. Membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.
Terdapat dua jenis jalinan endoplasma iaitu:
Jalinan endoplasma kasar (rough endoplasmic reticulum, RER).
Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya, dan mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom. Protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus dalam vesikel. Protein kemudiannya diangkut dari satu bahagian sel ke bahagian sel yang lain.
Jalinan endoplasma licin (smooth endoplasmic reticulum, SER).
Jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya, merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksikan dadah dan racun.
Jasad Golgi
Jasad Golgi (Golgi apparatus) terdiri daripada satu timbunan kantung pipih. Jasad Golgi berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.
Vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad Golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran. Protein tersebut diubah suai disepanjang perjalanannya melalui jasad Golgi.
Jasad Golgi kemudiannya akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan. Vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad Golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma. Vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.
Ribosom
Ribosom (ribosome) merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar (rough endoplasmic reticulum) atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma (cytoplasm).
Setiap ribosom terdiri daripada asid ribonukleik (RNA) dan protein. Sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom. Ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam krmosom untuk menghasilkan protein.
Lisosom
Lisosom (lysosomes) ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis (hydrolylic enzymes). Enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida, dan asid nukleik. Lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.
Pada sesetengah organisma, di dalam selnya, lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol. Hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel. Lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.
Vakuol (kebiasaannya dalam sel tumbuhan sahaja. Pada sel haiwan, jika terdapat vakuol, ianya adalah kecil)
Vakuol (vacuole) ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membaran separa telap yang disebut tonoplas (tonoplast). Cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel (cell sap).
Sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil.
Mikroorganisma air tawar seperti paramecium sp. mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan. Vakuol mengecut terlibat dalam pengawal-aturan keseimbangan air dalam organisma ini. Vakuol berperanan sebagai tempat simpanan dalam sel.
Sap sel (cell sap) dalam vakuol mengandungi air, asid organik, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan, dan hasil sampingan metabolisme. Sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak mudah layu.
Sentriol (dalam sel haiwan sahaja)
Sentriol (centrioles) ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus. Sentriol terdiri daripada susunan mikrotiub yang kompleks. Sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembagian sel dalam sel haiwan. Sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.
Kloroplas (dalam tumbuhan hijau)
Kloroplas (chloroplast) berbentuk bujur. Struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil (chlorophyll). Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis (photosynthesis). Klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.
Sitoplasma
Sitoplasma (cytoplasm) ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli, tempat organel sel terbenam. Sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dam sel. Sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.
Membran plasma
Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel. Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma (plasma membrane).
Membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Membran plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih. Membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
Dinding sel (dalam sel tumbuhan sahaja)
Dinding sel (cell wall) ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma tumbuhan. Dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.
Dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel. Dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan perlindungan kepada sel tumbuhan. Dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.
Menghargai Keunikan Sel
Sel ialah unit asas bagi semua organisma hidup yang mampu berfungsi secara sendiri. Kehadiran organel dalam sel membahagikan sel kepada bahagian-bahagian tertentu khusus untuk melakukan fungsi-fungsi.
Organel-organel mesti bekerjasama secara harmoni untuk sel berfungsi pada tahap optimum. Ini adalah serupa dengan sebuah kilang yang mempunyai bahagian berlainan yang setiap satunya dikhaskan untuk menjalankan sesuatu fungsi yang khusus. Sekiranya mana-mana bahagian gagal melaksanakan tugasnya, keseluruhan proses akan terhenti.
Begitu jugalah apabila kita bekerja dalam kumpulan, setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea untuk melaksanakan tugas yang diberi.
Keadaan Kita Ketika di Hari Akhirat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.